Bonsoir..
Oh ya, pada yang
mereka yang tidak tahu, ‘bonsoir’ ialah selamat petang.
Sekarang baru
pukul 2150 petang dan matahari masih terpancar dimuka bumi France ini.
Sambil menunggu
waktu berbuka puasa dlm lingkungan 2203 aku akan update blog aku ini.
Dua minggu lepas,
disini berlangsungnya perlumbaan kapal layar yang dipanggil Tour de France.
Selain perlumbaan berbasikal yang popular diseantero dunia, perlumbaan kapal
layar juga dipanggil Tour de France.
Perlumbaan kapal
layar ini berlangsung sebulan bermula di Dunkerque iaitu utara France dan
berakhir di Marseille di selatan France.
Kebetulan Tour de
France singgah di Lorient dan aku tidak melepaskan peluang untuk bersama
melihat perlumbaan tersebut.
Waktu berbuka pun
sudah hampir tiba, kita ketemu di lain hari..
Salut..!!
No comments:
Post a Comment