Tuesday, July 23, 2013

Tour de France



Bonsoir..

Oh ya, pada yang mereka yang tidak tahu, ‘bonsoir’ ialah selamat petang.
Sekarang baru pukul 2150 petang dan matahari masih terpancar dimuka bumi France ini.

Sambil menunggu waktu berbuka puasa dlm lingkungan 2203 aku akan update blog aku ini.

Dua minggu lepas, disini berlangsungnya perlumbaan kapal layar yang dipanggil Tour de France. Selain perlumbaan berbasikal yang popular diseantero dunia, perlumbaan kapal layar juga dipanggil Tour de France.

Perlumbaan kapal layar ini berlangsung sebulan bermula di Dunkerque iaitu utara France dan berakhir di Marseille di selatan France.

Kebetulan Tour de France singgah di Lorient dan aku tidak melepaskan peluang untuk bersama melihat perlumbaan tersebut.

Waktu berbuka pun sudah hampir tiba, kita ketemu di lain hari..

Salut..!!

Friday, July 19, 2013

Bon week-end



Bon week-end…

Dalam kita tak sedar, hujung minggu kembali lagi. Oh yeah..!! apa perancangan hujung minggu korang..travel.. menziarahi family di kampong.. atau pun spend quality time kat rumah bersama anak dan isteri/suami…

Bagi aku, hujung minggu adalah yg paling ditunggu-tunggu kerana masa ini lah untuk aku explore bumi Allah ini. Meneroka keunikan dan kecantikan negara yang dulunya hanya berada dalam impian aku sahaja.

Peluang hanya datang sekali, dan aku tak akan lepaskan.

Monday, July 15, 2013

Bonjour..


credit to photographer firdaus said


Bonjour.. 


Blog ini ditujukan kepada para pencinta gambar-gambar panorama.
Gambar-gambar ini saya potretkan semasa pengembaraan saya di dunia Eropah khususnya bumi Perancis.

Perasaan rindu untuk kembali 'memblog' timbul setelah melihat kawan-kawan seperjuangan kembali memeriahkan dunia blog ini.


Bonne journée!